HURAIAN HADIS SEDEKAH JARIAH
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ
الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ
يَدْعُو لَهُ
Daripada
Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu
meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara,
sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan
untuknya.[1]
Hadis
ini termasuk di bawah makna ayat 39 surah al-Najm, iaitu bagi
menegaskan bahawa manusia mesti berusaha untuk dirinya. Hadis ini juga
sebagai perincian kepada ayat tersebut supaya manusia melakukan amalan
yang pahalanya tidak terputus selepas meninggal dunia. Rasulullah s.a.w.
menunjukkan tiga bentuk amalan yang menjamin pahala yang terus menerus
diperolehi walaupun setelah meninggal dunia. Tiga perkara ini adalah
amalan seseorang itu sendiri bukan amalan orang lain. Pada asalnya
apabila seseorang itu meninggal dunia, catatan amalan ditutup kecuali
tiga perkara ini sahaja yang pernah dilakukannya semasa masih lagi
hidup. Walaupun orang lain yang beramal dia turut sama memperolehi
ganjaran pahala. Ini kerana, dia mempunyai peranan dalam amalan yang
dilakukan oleh orang lain. Hakikat ini diperjelaskan lagi oleh hadis
yang diriwayatkan oleh Ibn Majah:


