naturalnaturalnaturalnaturalnaturalnaturalnaturalnaturalnaturalnaturalnatural

Assalamualaikum Wmth. Wbth.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT sekalian.

Kami sedang berusaha untuk mengutip dana bagi projek pembinaan Masjid Taman Bernam, Tanjong Malim, Perak. Justeru, kami amat-amat mengalukan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan bagi merealisasikan hasrat dan impian tersebut. Projek ini merupakan usaha sama pihak orang ramai dan pihak kerajaan. Walau bagaimanapun kami diminta untuk mengusahakan sejumlah dana pembinaan bernilai RM1 juta sebelum pihak kerajaan menambah baki projek pembinaan tersebut.

Prosedur sumbangan secara online
1. Masuk ke dalam laman bank anda.
2. Pilih aplikasi pemindahan wang secara online. Lakukan prosedur pemindahan wang mengikut bank masing-masing sehingga selesai.
3. Setelah selesai, sila isi borang ini.
4. Sekiranya tuan/puan memerlukan resit, sila lengkapkan alamat surat menyurat dalam borang tersebut.

Prosedur sumbangan secara offline
1. Sila hubungi mana-mana AJK Pembinaan Masjid yang tertera pada bahagian photo slideshow
2. Dapatkan resit rasmi daripada mereka.

Terima kasih.

Wednesday, 1 May 2013

KELULUSAN MENGUTIP DERMA




1 comment:

  1. Sewaktu AJK Pembinaan Masjid, berbincangan dengan pihak pelukis pelan, meminta agar segala keperluan yang difikirkan sangat penting untuk kemaslahatan penduduk ahli kariah Jumaat Taman Bernam untuk jangka masa panjang turut dimasukkan dalam spesifikasi binaan masjid. Oleh sebab itu nilai anggaran kos pembinaan masjid telah dinaikkan berlipat kali ganda. AJK Pembinaan Masjid memikirkan kesan pembangunan di pekan Tanjong Malim dan impaknya terhadap keperluan semasa pada ketika itu. Justeru, usaha sedang dibuat untuk mencapai sejumlah dana yang sangat besar bagi menampung keperluan kos pembinaan tersebut.

    ReplyDelete